Kelebihan Hari Jumaat

Assalamualaikum


Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bernafas hingga hari ni. Memandangkan hari ni hari Jumaat yang penuh barakah jadi aku nak cita sikit tentang kelebihan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sesangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih ganjarannya berbanding hari hari yang biasa.
 “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” 

Hari jumaat merupakan hari di mana akan berlakunya hari kiamat, Haa takut kan. Cepat cepatlah bertaubat dan lakukan segala perintah Allah.
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Nabi Adam diciptakan dan baginda juga diturunkan dari syurga pada hari Jumaat.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

Akan selamat dari fitnah kubur bagi sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat.
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Hari Jumaat juga merupakan hari yang digalakkan memotong kuku.
 “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”



So ni lah sedikit sebanyak kelebihan hari Jumaat. Tapi kan janganlah jadi baik hari Jumaat ja, hari hari lain kita kena berbuat baik. Dan para kaum Adam jangan lupa pegi solat Jumaat oke.


 “I asked Allah’s Messenger ṣallallāhu 'alayhi wa sallam (peace and blessings of Allāh be upon him) which deed was best.” He (the Holy Prophet) replied: “The prayer at its appointed hour”.



Terima kasih sudi baca ^__^

2 comments :

izzeyda said...

betul banyak keistimewaan hari jumaat nih..

khadijah said...

indah sungguh hari jumaat.... :) :) :)

Post a Comment