Kek paling simple

Assalamualaikum


Selamat hari jumaat dan selamat petang. Hari ni mood aku baik sikit so aku ambik keputusan menghapdet belog. Dari pagi sampai nak senja dah ni aku dok terpacak depan laptop sampai naik kelabu dah mata.


Tapi tengah hari tadi aku rehat jap. Aku pegi dapur check barang semua ada, and aku decide nak buat kek. Saja saja sebab rasa macam nak pengsan dah sebab bosan yang terlampau sebab taktau nak buat apa sebab sebab..


Ni ha kek dia. Sori la kalau hodoh, nak masuk perut jugak kan. Simple sangat kek ni. Boleh la kalau nak buat untuk minum petang.

Bahan pon sikit ja dan senang ja nak cari.

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
4 biji telur
buttercup
baking powder
esen vanilla
serbuk koko

Korang boleh la mula buat. Pukul buttercup dengan telur. Pastu korang campak ja semua bahan lain. Pukul la sampai kembang sekembang kembangnya.

Kalau korang nak buat kek kaler coklat letak la serbuk koko tu, kalau taknak letak pon takpa. Aku buat dua warna, so aku asingkan setengah adunan. Setengah lagi aku pukul dengan serbuk koko.

Masukkan dalam loyang pastu kukus ja. Simple gila kan. Budak darjah tiga pon pandai buat. Oke la, selamat mencuba !

Terima kasih sudi baca ^__^

4 comments :

Post a Comment