Gembira ?

Assalamualaikum


Emm sebenarnya taktau nak buat entry tentang apa. Memandangkan dah lama jari jari ni tak berdansa atas keyboard so nak buat jugak la satu entry. Harap entry ni berpaedah walaupon macam takdak paedah *eh apa aku melalut ni*.  Sebelom aku teroskan melalut hingga ke laut baik lah kita memulakan perbincangan kita pada hari ini ya anak anak.

Nampak tajuk kat atas tu? Gembira? Apa benda lah minah ni nak merepek pulak kali ni. Ekceli aku main letak ja tajuk tu. Nak tau tak yang aku ni memang bermasalah time nak letak tajuk atau caption. Sungguh tak tipu. Kengkadang tu letak tajuk 'monyet' tapi  cerita pasai pak samad tengah siram pokok belakang rumah. Anggap je la pak samad dengan monyet tu ada kaitan k. Tolong berpikiran positif.


Apa benda gembira ni sebenarnya? Aku pon taktaw. Malas nak bergoogle hari ni. Tapi kan nak tau tak apa makna gembira bagi aku. Gembira bagi aku ialah bila orang yang suka dengkikan aku tak senang duduk bila tengok aku senang hati. Bahaha. Keji. Dan gembira yang lain bila tengok running man. Gelak sampai kejang pipi kau jah. Dan gembira yang sebenar bila hang ajak aku shopping dan hang support semua. Gembiranya taw macam dapat pegi bulan. Atau letak makanan depan aku pon boleh buat aku gembira atau bawak aku jalan jalan atau bawak aku pegi disneyland semua boleh, janji hang BELANJA.


Point aku buat entry ni sebab nak cakap yang duaplohdua mac ni birthday ai *alaa malu la hikhik*. Tak mintak banyak cuma mintak kek secret recepi ja, kalau tak dapat, bagi novel duaploh bijik pon boleh. Kalau nak bagi Audi R8 pon aku terima. Bahaha. Umur aku nak masuk duaploh dah ni, setengah dari patploh dah. Banyak benda lagi tak buat. Apa benda la yang aku buat dalam duploh tahon ni, bazir masa betol. Lepas ni nak kena guna masa bebetol. Ceh azam taon lepas pon tak buat lagi. Apa apa pon aku muda lagi k. Sapa cakap aku tua dah. Pegi jalan jalan pon orang tanya aku UPSR macam mana. Makcik saya dah diploma dah *cakap dengan sedikit riak*, bukan riak sebab diploma tapi sebab aku awet muda. Bahaha.

Korang mesti bosan baca kan. Nak buat macam mana memang hobi aku dari kecik suka merepek. Mungkin sebab banyak makan kerepek kot. Haa kemaren keluar result espiyem kan? Tahniah untuk adik adik yang berjaya. Yang tak berjaya tu jangan kecewa sebab espiyem bukan penentu kejayaan korang pada masa depan. Dua tiga hari ni kalau reporter tanya pasal result korang layankan jela, tu baru permulaan. Lepas ni orang akan tanya CGPA hang, ada repeat tak, gaji berapa, bila nak kawen. Hoi aku dah ada pengalaman la, cuma yang pasal gaji ngan kawen tu tak pernah lagi la orang tanya. Yang dapat result tak berapa nak elok tu takyah nak meraung dalam bilik sampai taknak makan. Kalau taknak makan bagi kat aku, aku tengah lapar ni. Aku dulu ambik result teros cari kawan aku ajak gosip. Bahaha rakus betol.


Aish tadi macam penutup dah terlajak satu perenggan pulak. Okelah aku berhentilah. Sekian cerita saya tentang gembira. Haha. Kat mana yang gembiranya pon aku taktau. Maaf kalau gambar takdak kena mengena dengan entry, sebab aku suka cari gambar yang cantik ja. Dasar suka tengok rupa paras kan.

Terima kasih sudi baca ^__^

3 comments :

izzeyda said...

wahh nak dekat birthday ye.. mesti happy kan..

sarah najwa said...

happy la jugak haha

ismi shahida said...

salam.. awk, sy xdpt nk follow blo awak utk GA irsalina lovely.. sy dh try nk follow n google + tapi xleh jgk.. sy follow insta awk

Post a Comment