#88 Love Life

Assalamualaikum

Apa khabar orang kampung semua? Harap sentiasa sihat dan dirahmati Allah. Sapa suka membaca angkat tangan. Aku ni dari kecik memang suka sangat membaca taw. Tak kira la apa jenis buku pon. Jumpa kertas tepi jalan pon aku baca.

Kalau dulu cikgu tanya hobi mesti jawab membaca. Sampai la ke besar aku memang takleh berenggang dengan buku, setia taw. Bagi ja buku apa pon mesti aku baca. Tapi kalau buku pasal pelajaran emm emm, eh tapi time espiyem sejarah aku A taw *tetiba*.

Tapiii dalam banyak banyak jenis buku aku paling suka baca buku tentang kehidupan, about life you know, cewahh. Dan aku lebih suka baca buku jenis ni dalam bahasa omputeh. Bukan nak belagak tapi kalau dalam bahasa melayu aku cepat bosan dan susah nak faham, tu pandangan aku, aku taktaw korang macam mana. Tapi kalau novel jangan bagi yang omputeh punya kang aku buat pekasam ja.


Berbalik pada tajuk di atas, sapa dah beli buku tu. Ha tengok cover pon dah jatuh hati taw. Pink gitew. Buku ni ekceli cerita tentang kehidupan dan kisah cinta penulis tu sendiri. Memang best, tak tipu. Aku order minggu lepas, tadi sampai rumah terus baca. Kemain eksaited taw. Ulang dua kali dah baca sebab best sangat.



Ni contoh muka surat dia. Memang cantik, penuh dengan kartun. Isi dia tentang cerita cinta penulis, her life experience and ada jugak quotes. Sebelum ni memang tengok lama dah kat ig, teringin nak beli tapi harga memang cekik darah jugak la. Harga biasa dalam namploh ringgit, tapi bagi aku tetap mahal. Then aku survey survey survey and jumpa satu ig shop ni yang jual dengan harga patplohsembilan ringgit INCLUDE POSTAGE. Bapak murah. Dia tengah sale, dan aku pulak memang jenis suka beli barang time ada sale ja. Terus sambar fon then whatsapp owner tu. Bahaha. Tapi dukacitanya patik nak memaklumkan bahawa patik sudah lupa nama ig shop tu, harap diampunkan.


Dan yang paling sweet ada sticker taw dalam buku ni. Haa ingat buku budak budak ja ka ada. Bila baca buku ni rasa macam kanak kanak ribena pon ada. Hah lupa nak bagitaw penulis dia orang Jakarta taw. Dan untuk korang korang yang comel silalah beli buku ni. Alaaa tak rugi pon beli boleh tambah pengetahuan lagi. Kan nak cuti ni boleh isi masa lapang korang. And lastly nak cakap ayat ayat dalam buku ni memang power, macam power rangers.

Jap jap sebelom tu nak ucap happy birthday to my alien brother, Kim Soo Hyun. Dah tua dah kamu ye. I will always support you and i wish you a happy life with Jun Ji Hyun. Love both of you. 2Hyun. Xoxo.

Terima kasih sudi baca ^__^



2 comments :

Shad said...

wow, menggoda sangat cover pink dia tu.. inside pun awesome, lovely sebab full of colors.. :D

Unknown said...

kan..memang cantik sangat sangat

Post a Comment